Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination'  merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun  seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau  tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.
Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti  sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan  gagal dalam tugasan  tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan  kesempurnaan yang  hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai?  Ataupun anda  seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu  tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih  kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor  gajah,  caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil  daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan  masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda  meletakkan matlamat untuk  menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1  minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar  selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2  jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi  momentum kepada anda untuk bergerak. Hal  lain seterusnya akan menjadi mudah  kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah  dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk  memberikan psikologi  kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya  menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda  akan merasa sangat  selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya  dialih. Tips ini  memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu  kepada orang lain bahawa anda akan  menyiapkan sesuatu tugasan dalam  tempoh yang ditetapkan. Ini akan  menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan  tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda  boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau  tempat lain yang lebih  sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan  internet.

 

0 comments:
Post a Comment