Thursday 11 October 2012

Nazam

Holaaaa....dah lama x update blog... sekarang cikgu tengah kaji tentang Nazam sebagai salah satu tugasan cikgu untuk semester ni... ini lah nazam kalau adik2 tak pernah dengaq.. rasanya memang tak pernah dengaq kut... kalau Nazam Lebaran nyanyian Siti Nurhaliza tu mungkin pernah kan... tapi ini adalah nazam, salah satu puisi Melayu tradisional...

Sunday 13 May 2012

Latihan Geografi Bab 1 - Bab 16

Kat bawah ni adalah latihan yang adik-adik boleh cuba. Jawapan pun ada sekali untuk adik-adik semak. Selamat mencuba!




Kredit kpd http://geografiperak.blogspot.com/

Saturday 5 May 2012

Thursday 3 May 2012

12 Amalan Harian Murid Cemerlang


TERDAPAT beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya

Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti

Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.

Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

3. Bertekad dan sabar

Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa

Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian

Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa
Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain

Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa

Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang

Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga

Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin

Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan

Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.


Sumber: http://www.adap.com.my



Monday 30 April 2012

10 Gurun Utama di Dunia


Kawasan gurun utama di dunia, kilk untuk besarkan gambar : link

Jom kita kenali kawasan gurun di seluruh dunia. Mengenali kawasan fizikal dan fakta tentang gurun. Jom teruskan membaca

  • Gurun panas meliputi 20% kawasan permukaan bumi. Sebahagian besarnya di hemisfera utara. Semua kawasan gurun terletak di kawasan tekanan tinggi hampir tropika iaitu antara 20 darjah U dan 30 darjah S.
  • Gurun terbesar ialah gurun Sahara ( sebesar USA ), meliputi bahagian utara benua Afrika sehingga bercantum dengan gurun Arab di Semenanjung Arab. Gurun sahara meliputi 11 buah negara antaranya Libya, Algeria, Chad, Mesir, Sudan, Magribi, Niger, Tunisia, Eritrea, Mauritania dan Mali.

  • Kawasan oasis Sahara. Oasis terhasil akibat hakisan angin yang berterusan sehingga ke lapisan air bawah tanah. Air yang keluar bertakung membentuk oasis. Oasis menjadi sumber air untuk tanaman seperti kurma, gandum, kapas. Biasanya kaum Badwi di pedalaman gurun Arab bergantung kepada sumber oasis ini. (sumber)


  • Kawasan gurun bukan sekadar pasir tetapi juga batuan unik akibat hakisan angin berterusan membentuk batuan yang unik. (sumber)


Kawasan gurun sahara di wilayah Libya : link
  • Gurun Atacama, Chile merupakan kawasan gurun yang paling kering di dunia. Hanya menerima 1mm hujan setahun!

Salah satu kawasan Atacama yang mempunyai jalan perhubungan : link

  • Gurun Thar merupakan gurun terkecil di dunia. Terletak di dalam 2 negara, India dan Pakistan
Kawasan Gurun Thar di wilayah India : link

  • Gurun Mohave di Amerika Utara popular di sana terutamanya terdapatnya Grand Canyon. Biasa juga dikenali sebagai Death Valley. Terdapat banyak kawasan Taman Negara di sini. USA memajukan kawasan gurun ini sebagai kawasan pelancongan serta kawasan tanah rizab kerajaan.
Pemandangan Taman Negara Joshua Tree : Link

Grand Canyon dengan sungai Colorado yang terkenal : Link
lSatu pemandangan luar biasa di Death Valley, batu tunggal bergerak akibat tiupan angin :link


  • Gurun Kalahari dan Gurun Namib terletak di selatan benua Afrika. Gurun Kalahari terletaknya Kalahari Game Reserve, satu kawasan perlindungan Taman haiwan kedua terbesar di dunia. Di sini terdapatnya haiwan liar seperti zirafah, dubuk, singa, harimau bintang, pelbagai jenis keluarga rusa anjing liar dan kijang. Di sini juga terdapatnya Kaum Asli Bushmen yang dipercayai merupakan penduduk asal di sini sejak ribuan tahun yang lalu. Mereka merupakan pemburu haiwan yang mahir serta sangat cekap dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kawasan Gurun Kalahari.
Pemandangan gurun Kalahari : Link


Kaum Bushmen menghidupkan api :Link

  • Kaum Bushmen hidup dengan memburu (lelaki) sementara kaum wanita biasanya hanya tinggal di perkampungan dengan mencari bijirin, telur burung atau serangga.
  • Antara tumbuhan utama gurun ialah pokok kaktus dan ratusan jenis rumput yang tahan panas dan kemarau. Biasanya ciri tumbuhan gurun, mempunyai daun yang sedikit atau banyak berduri, mempunyai batang yang disaluti lilin.
Welwitschia, satu-satunya tumbuhan unik yang hanya terdapat di Gurun Namib. Tumbuhan yang lasak dan tahan panas. link

  • Julat suhu di kawasan gurun biasanya sangat tinggi iaitu 35 darjah C. Suhu harian biasanya di dalam 40 darjah C dan waktu malam sangat sejuk dengan suhu hanya 5 darjah C. Kebiasannya hujan tahunan hanya 250 mm setahun.
  • Agen hakisan utama di gurun ialah angin, malahan proses luluhawa juga giat berlaku di sini.
  • Australia juga unik kerana mempunyai pelbagai jenis iklim termasuklah gurun panasnya yang terkenal dengan hidupan haiwan eksotik termasuklah haiwan berbahaya seperti ular.
  • Kawasan gurun dulunya dikenal pasti sebagai kawasan ekologi yang sangat pesat, namun akibat perubahan cuaca ianya berubah, hidupan haiwan dan tumbuhan dulunya yang mati membentuk bahan api fosil yang sangat bernilai tinggi iaitu petroleum atau emas hitam. Petroleum ialah sumber tenaga paling penting di dunia.
  • Di kawasan China terdapatnya Gurun Gobi dan Gurun Turkestan. Gurun gobi merupakan gurun yang terletak di wilayah autonomi, Monggolia ,China.
Unta liar di Gurun Gobi : link

Bukit Pasir di Gurun Gobi : link

Gurun Turkestan merupakan kawasan gurun di negara Turkestan , berjiran dengan Iran.

Kredit kepada http://www.lovehijau.com/

IQ

Apa itu IQ?
Kita biasa mendengar tentang IQ. Tetapi tahukan kita apa sebenarnya IQ? IQ merupakan singkatan kepada Intelligence Quotient. Ia menilai atau mengukur keupayaan kognitif untuk menilai, menganalisa sesuatu masalah dan mencari penyelesaiannya. Kategori IQ bolehlah dibahagikan kepada tiga - sederhana atau average (90 - 109), above average atau gifted (110 - 139) dan genius (139+).
Tahukah anda siapa yang memiliki IQ yang tinggi? Gary Kasparov (195), Bobby Fischer (167). Bagaimana dengan IQ anda? Anda boleh mencubanya di sini. Selamat mencuba...

Doa Kemudahan Semua Urusan

Friday 27 April 2012

Kertas Peperiksaan PMR


Adik-adik boleh klik link di bawah untuk mendapatkan kertas peperiksaan PMR (pelbagai subjek)...

Kertas Peperiksaan PMR 2010

Kertas Peperiksaan PMR 2008

Kertas Peperiksaan PMR 2007

Layan Sebentar 2


Doa Hilangkan Stress

Layan Sebentar

Peta Dunia

 Lokasi Malaysia di Benua Asia


Lokasi Malaysia di Peta Dunia

Sungai


Adik-adik boleh klik kat bawah ni untuk lihat gambar hakisan sungai, pemendapan sungai dan pengangkutan sungai.

Sungai

Hakisan Ombak dan Pemendapan Ombak


Adik-adik boleh klik kat bawah ni untuk lihat gambar hakisan ombak dan pemendapan ombak.

Ombak

Saturday 21 April 2012

Tips Elak Penangguhan

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.

Pengurusan Masa: 8 Tips Mengelakkan Penangguhan
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Jurang Mariana

Tahukah anda dimanakah tempat terdalam di dunia? Jawapannya adalah jurang Mariana. Jurang Mariana adalah suatu tempat yang terletak di dasar barat Lautan Pasifik tepat sebelah timur kepulauan Mariana di 11° 21 Utara Latitude dan 142° 12 Timur Longitude, dekat dengan Filipina dan Jepun.


Peta Malaysia

Nota Bab 1 - Bab 16

Nota Geografi Tingkatan 1

Bab 2: Arah

(PP) Bab 11: Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca dan Iklim

(Vid) Bab 6: Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

(PP) Bab 9: Pergerakan Bumi di dalam Sistem Suria